Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tourism Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan jumlah penerbangan antarabangsa ke Malaysia sama ada setara atau melebihi paras ketika prapandemik, menerusi penganjuran acara Routes Asia 2024 yang bermula semalam hingga 29 Februari. Foto hiasan Envato.

Penerbangan tambahan tengah malam pada kadar tambang tetap, Loke hargai AirAsia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berterima kasih kepada AirAsia kerana menyokong inisiatif kerajaan dalam menyediakan penerbangan tengah malam pada kadar tambang tetap ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Tahun Baharu Cina.

Menerusi video terbaharu di Facebooknya pada Jumaat, Loke berkata inisiatif yang diambil oleh syarikat penerbangan tempatan itu menjadikan ia lebih mampu ditampung untuk rakyat Sabah dan Sarawak pulang ke kampung meraikan Tahun Baharu Cina dengan tambang serendah RM298.

Penerbangan tambahan tengah malam pada kadar tambang tetap | TVS

“Saya ingin berterima kasih kepada AirAsia kerana menyokong inisiatif kerajaan menyediakan lebih banyak penerbangan tambahan tengah malam pada tambang tetap,” katanya.

Sebagai menunjukkan penghargaannya terhadap usaha dibuat oleh AirAsia itu, Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas, simbol kepada kemakmuran dalam meraikan ketibaan Tahun Naga hari ini.

Pada 15 Dis lepas, Loke mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberi subsidi kepada pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi melebihi RM599 untuk perjalanan sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan, selama tiga hari sebelum musim perayaan utama termasuk Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan