MIRI, 8 Feb: Ibu bapa digalakkan agar menyokong minat dan hobi anak-anak mereka sekiranya ia dapat menjadi karier di masa hadapan kelak.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew optimis sokongan para ibu bapa akan membentuk bakat terpendam mereka yang boleh membawa nama sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Kebanyakan ibu bapa ingin anak mereka menjadi jurutera, doktor, pekerjaan tradisional itu. Menjadi pelawak saya rasa tidak begitu terdedah di sini. Untuk bercakap mengenai perkara ini, adalah baik untuk membiarkan anak-anak kita meneruskan apa yang mereka suka, hobi dan minat mereka.
“Anda tidak pernah tahu mereka akan menjadi hebat akhirnya. Mungkin mereka bermula dari Miri kemudian Sarawak, tetapi hujungnya mereka mungkin menjadi terkenal dan diiktiraf di seluruh dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Kumarsutra Nationwide Miri Dan Kuching di sini, pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Sebastian mendedahkan kementeriannya akan mengadakan lebih banyak program menarik termasuk acara antarabangsa untuk membawa lebih banyak pelancong datang ke Sarawak.
Hal ini menurutnya untuk mencapai sasaran kemasukan pelancong ke Sarawak kepada 4 juta pelancong tahun ini setelah mencapai sasaran lebih 3 juta pelancong tahun lepas dengan anggaran kedatangan pelancong sekitar 3.9 juta. – TVS