Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin menyampaikan cek replika sumbangan Wawasan Stemec Riam kepada Guru Besar SK Riam Batu Dua Miri, Rohani Ismail di sini, hari ini. Foto TVS.

Ibu bapa bentuk minat, bakat anak-anak secara holistik – Lee

MIRI, 8 Feb: Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan minat dan bakat anak-anak mereka secara holistik.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, minat serta bakat anak-anak sewajarnya dipupuk seawal mereka masih berada di pra sekolah.

Lee juga mengakui perkembangan pelajar daripada sekolah rendah ke sekolah menengah akan mempersiapkan mental dan fizikal mereka yang menginjak ke alam remaja.

“Sekolah menengah itu adalah masa yang penting, kerana sekolah menengah itu akan menentukan masa depan anda, sama ada dapat memasuki universiti atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya pada Majlis Anugerah Tunas Cemerlang Sekolah Kebangsaan Riam Miri Batu Dua Miri di sini, hari ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin bersama penerima Anugerah Cemerlang Pelajaran 2023. Foto TVS.

Lee dalam pada itu menyatakan selain kecemerlangan akademik, kemahiran mereka harus didorong dalam pembangunan bakat hingga berupaya menyumbang kepada negeri ini nanti.

“Kita ada juga satu pilihan bagi mereka yang lebih cenderung dengan kemahiran seperti kraf tangan atau juruteknik dan mereka ini boleh melanjutkan pelajaran ke kolej vokasional atau institut kemahiran yang ada bagi mengembangkan bakat serta kemahiran mereka,” ujarnya.

Terdahulu, majlis menayksikan seramai 155 pelajar prasekolah dan sekolah rendah dari Sekolah Kebangsaan Riam Miri Batu Dua Miri menerima anugerah kecemerlangan masing-masing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan