Resepi
1. Sambal Paru
500g paru rebus
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar cili kisar
Bahan lain:
1 sudu kecil serbuk perasa
1 keping asam keping
1/2 ulas bawang besar Holand – hiris nipis
1 batang serai – ketuk
Penambah perasa
Gula
Garam
Cara cara:
1. Hiris nipis paru yang dah direbus
2. Panaskan minyak yang agak banyak supaya tenggelam paru. Goreng dengan menggunakan api yang besar sehingga garing yang disukai. Angkat dan tos.
3. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan serai sehingga garing dan terbit minyak.
4. Masukkan asam keping, gula, serbuk perasa dan garam, jika perlu.
5. Masukkan bawang besar hiris dan kacau rata sehingga bawang layu.
6. Bolehlah ditutup api.
7. Setelah sambal agak suam, baru dimasukkan paru yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
Tips: untuk mengelakkan bau hanyir pada paru, rebus dengan halia & serai sehingga masak.
—————————————————————————————————————————————————————–
2. Pajeri Nanas
Bahan-bahan:
½ gram nanas
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 tangkai daun kari
3 sudu serbuk kari daging
1 sudu udang kering
½ cawan santan
3 sudu kerisik
Garam
Gula
Cara Memasak:
1. Hiris nipis bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
2. Potong nenas sedikit tebal, jangan terlalu nipis.
3. Bancuhkan rempah kari daging dengan sedikit air.
4. Tumbuk halus ikan bilis dan udang kering.
5. Panas kan air dan celur nenas yang dipotong dalam air panas mendidih selama 2-3 minit. Kemudian, toskan air.
6. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan hiris nipis, 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang dan sedikit halba campur serta setangkai daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
7. Masukkan bancuhan rempah, bahan tumbuk dan air. Masakkan sehingga pecah minyak.
8. Masak sehingga kering dan berulang tambah sedikit air. Ulang langkah yang sama 3-4 kali.
9. Masukkan nenas dan gaul rata.
10. Taburkan gula dan masak nenas sehingga sebati dengan rempah-rempah tumis iaitu dalam anggaran 10-15 minit. Tambah air jika mahukan lebih kuah pajeri.
11. Bila nenas sudah masak lembut, masukkan ½ cawan santan dan 3 sudu besar kerisik. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.
12. Sambung masak sehingga mendidih dan gaul kesemua bahan sehingga sekata. Boleh ditambah jika ada rasa yang kurang. Kemudian, pajeri nenas siap untuk dihidang.
Tips: Letakkan hanya sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak, gula apong sudah ada sedikit masin.
—————————————————————————————————————————————————————–
3. Agar-agar Gula Apong Santan
Bahan-bahan:
20g serbuk agar-agar
300g gula apong
2 litre air
3 helai daun pandan
2 biji telur
200g santan
1/2 sudu kecil garam
Gula
Cara Memasak:
1. Masukkan 2 liter air dan campur serbuk agar-agar
2. Masak gula melaka, gula merah thai dan gula pasir sehingga larut dan kemudian tapis. Masak agar-agar bersama air gula tadi dan daun pandan sehingga cair.
3. Masukkan santan cair, garam dan kacau sebati.
4. Masukan bancuhan santan pekat dan kacau sehingga mendidih. Teruskan mengacau selama 2-3 minit ketika mendidih. Ini supaya gumpalan hakus dapat terbentuk cantik.
5. Tuang dalam loyang dan sejukkan.
Tips: Letakkan hanya sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak, gula apong sudah ada sedikit masin.
Resepi
1. Ayam masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
400g isi ayam
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
2 biji cili padi
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung
Penambah perasa
Garam
Gula
Bahan Perap –
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
Cara Memasak:
1. Kisar halus bawang merah, bawang putih
2. Perap isi ayam dengan kicap manis, sos tiram & lada hitam
3. Tumis bahan kisar, hirisan halia dan lada hitam sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
5. Masukkan campuran tepung jagung
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
—————————————————————————————————————————————————————–
2. Kulit Tembikai Masak Lemak
Bahan-bahan:
400g kulit tembikai
15 ekor udang
1 cawan santan
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 biji cili padi hijau
1 batang serai
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Gula
Cara membuat:
1. Buang kulit tembikai & potong sederhana.
2. Kisar cili hijau, bawang merah dan bawang putih. Titik Serai
3. Tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau. Masukkan kulit tembikai dan udang.
4. Setelah mendidih, masukkan santan, serbuk kunyit dan kacau sehingga sebati.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Tunggu sehingga masak.
6. Sedia untuk dihidang.
—————————————————————————————————————————————————————–
3. Taufufah
Bahan-bahan:
1/2 Cawan Air 7gm @ 1/2 Cawan Agar-agar Tali
1 Litre air soya homemade
200g Gula apong
2 Cawan Air
1 Helai Daun Pandan
Gula
Cara-cara:
1. Masak Agar-agar biar larut dan masukan air soya hingga mendidih
2. Tutup api, masukkan ke dalam bekas lain dan ketepikan
3. Larutkan gula apong di atas dapur dengan 2 cawan air
4. Masukkan daun pandan & gula
5. Sedia dihidang
Resepi
1. Kuah Lodeh
Bahan-bahan:
2 inci lengkuas
2 batang serai
400 gram udang
1 kotak santan segera
1 batang lobak merah
6 batang kacang panjang
300g sengkuang
1 bungkus tempe
2 ketul tauhu
1 genggam suun
3 keping fucuk, rendam lembut dan potong 1 inci panjang
200g kobis, hiris
Penambah perasa
Gula
Garam
Bahan untuk kisar halus:
1 biji bawang besar
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
3 ulas bawang putih
3 sudu udang kering
Bahan untuk dihidang bersama:
nasi impit, rebus
telur, rebus
tempe, hiris nipis dan goreng garing (optional)
ikan bilis kecil, goreng (optional)
Cara Memasak:
1.Bersihkan udang, buang kepala dan kulit.
2.Kisar halus bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, halia dan udang kering.
3.Titik serai dan lengkuas.
4.Potong memanjang lobak dan kacang panjang & potong kiub tempe dan tauhu.
5.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan dan naik bau.
6.Kemudian masukkan lengkuas dan serai yang dititik.
7.Masukkan udang dan kacau seketika. Kemudian tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
8.Masukkan sayur karot, kacang panjang, sengkuang sehingga lembut.
9.Masukkan pula tempe, tauhu, suun, fucuk dan kubis sehingga lembut.
10.Setelah lembut masukkan pula santan pekat dan masak di atas api yang perlahan. Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul. 11.Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.
12.Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, tempe goreng dan ikan bilis goreng.
13.Sudukan sambal ikan bilis atau sambal sotong rendam untuk melengkapkan hidangan.
2. Sambal Udang
Bahan-bahan:
500g udang
1 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas
2 cm halia
1 ½ cawan cili kisar
1 batang serai
½ cawan air asam jawa
2 sudu sos tiram
Garam
Gula
Cara membuat:
1. Kisar 1 bawang besar, bawang putih, halia dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
3. Tuang air asam jawa, sos tiram dan serai yang dititik.
4. Masukkan udang dan perasakan. Masak selama 7 minit.
Sedia untuk dihidang.
3. Kuih Bongkol
Bahan-bahan:
200g tepung beras
3 cawan air
Pes pandan
1 cawan santan segar
2 helai daun pandan
250 gram gula apong
3 biji telur
Esen vanila
Pewarna kuning
5 Bekas plastik bersaiz 300ml
Garam
Cara membuat:
1.Masakkan santan pekat, 2 cawan air, daun pandan dan satu sudu kecil garam.
2.Campurkan tepung beras dengan air
3.Masak di atas api perlahan sampai pekat likat. Sejukkan.
4.Campur 3 biji telur
5.Masukkan bancuhan santan yang sudah dimasak dengan tepung beras.
6.Isikan gula apong ke dalam bekas plastik
7.Masukkan bancuhan tepung beras, santan dan bancuhan telur
Selamat Mencuba!