Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
merasmikan Wellness Hub UTC Perlis dan Program Advokasi Mengurangkan Gula serta Hari Kanser Sedunia peringkat negeri di sini hari ini.Foto, KKM.

Wellness Hub diperluaskan, galak gaya hidup sihat – Lukanisman

ByBernama

KANGAR, 7 Feb: Pusat komuniti setempat atau ‘Wellness Hub’ yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan komprehensif untuk komuniti setempat akan diperluaskan lagi di kawasan berkeperluan di seluruh negara dalam usaha menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata setakat ini terdapat 32 pusat komuniti itu yang aktif di seluruh negara.

Hal itu katanya selari dengan hala tuju Kementerian Kesihatan (KKM) untuk beralih daripada penjagaan pesakit kepada penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, supaya individu lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan diri, keluarga dan komuniti.

“Tempat untuk kita jadikan ‘Wellness Hub’ ini akan mempertimbangkan kawasan yang sudah mempunyai fasiliti yang sesuai untuk kita elak pembinaan baharu agar menjimatkan kos, seperti di UTC (Pusat Transformasi Bandar) Perlis ini.

“Bangunan yang sedia ada akan dijadikan Wellness Hub namun akan ditambah baik fasiliti kesihatan seperti bilik senamrobik, bilik pemeriksaan dan bilik lain bersesuaian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wellness Hub UTC Perlis dan Program Advokasi Mengurangkan Gula serta Hari Kanser Sedunia peringkat negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Lukanisman berkata KKM sedang memantau penggunaan produk penyedut melalui hidung atau dikenali sebagai ‘energy stick’ dalam kalangan pelajar sekolah dan kenyataan rasmi berhubung isu itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Bahagian Farmasi (KKM) telah menyemak berkenaan pengedaran ‘energy stick’ ini yang sangat mudah didapati secara dalam talian dan harganya yang murah menarik minat golongan muda untuk membelinya.

“Saya menyeru agar pengedar ‘energy stick’ ini supaya berfikir lebih rasional dalam pengedaran produk ini kerana membabitkan isu kesihatan terutama kepada pelajar sekolah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan