Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei S2

  • 1 Aroma Sungkei S2 Ep3
  • 2 Aroma Sungkei S2 Ep2
  • 3 Aroma Sungkei S2 Ep1
  • 4 Aroma Sungkei S2 Promo

Resepi
1. Sambal Paru
500g paru rebus
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar cili kisar

Bahan lain:
1 sudu kecil serbuk perasa
1 keping asam keping
1/2 ulas bawang besar Holand – hiris nipis
1 batang serai – ketuk
Penambah perasa
Gula
Garam

Cara cara:
1. Hiris nipis paru yang dah direbus
2. Panaskan minyak yang agak banyak supaya tenggelam paru. Goreng dengan menggunakan api yang besar sehingga garing yang disukai. Angkat dan tos.
3. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan serai sehingga garing dan terbit minyak.
4. Masukkan asam keping, gula, serbuk perasa dan garam, jika perlu.
5. Masukkan bawang besar hiris dan kacau rata sehingga bawang layu.
6. Bolehlah ditutup api.
7. Setelah sambal agak suam, baru dimasukkan paru yang telah digoreng tadi dan kacau rata.

Tips: untuk mengelakkan bau hanyir pada paru, rebus dengan halia & serai sehingga masak.
—————————————————————————————————————————————————————–
2. Pajeri Nanas
Bahan-bahan:
½ gram nanas
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 tangkai daun kari
3 sudu serbuk kari daging
1 sudu udang kering
½ cawan santan
3 sudu kerisik
Garam
Gula

Cara Memasak:
1. Hiris nipis bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
2. Potong nenas sedikit tebal, jangan terlalu nipis.
3. Bancuhkan rempah kari daging dengan sedikit air.
4. Tumbuk halus ikan bilis dan udang kering.
5. Panas kan air dan celur nenas yang dipotong dalam air panas mendidih selama 2-3 minit. Kemudian, toskan air.
6. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan hiris nipis, 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang dan sedikit halba campur serta setangkai daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
7. Masukkan bancuhan rempah, bahan tumbuk dan air. Masakkan sehingga pecah minyak.
8. Masak sehingga kering dan berulang tambah sedikit air. Ulang langkah yang sama 3-4 kali.
9. Masukkan nenas dan gaul rata.
10. Taburkan gula dan masak nenas sehingga sebati dengan rempah-rempah tumis iaitu dalam anggaran 10-15 minit. Tambah air jika mahukan lebih kuah pajeri.
11. Bila nenas sudah masak lembut, masukkan ½ cawan santan dan 3 sudu besar kerisik. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.
12. Sambung masak sehingga mendidih dan gaul kesemua bahan sehingga sekata. Boleh ditambah jika ada rasa yang kurang. Kemudian, pajeri nenas siap untuk dihidang.

Tips: Letakkan hanya sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak, gula apong sudah ada sedikit masin.
—————————————————————————————————————————————————————–
3. Agar-agar Gula Apong Santan
Bahan-bahan:
20g serbuk agar-agar
300g gula apong
2 litre air
3 helai daun pandan
2 biji telur
200g santan
1/2 sudu kecil garam
Gula

Cara Memasak:
1. Masukkan 2 liter air dan campur serbuk agar-agar
2. Masak gula melaka, gula merah thai dan gula pasir sehingga larut dan kemudian tapis. Masak agar-agar bersama air gula tadi dan daun pandan sehingga cair.
3. Masukkan santan cair, garam dan kacau sebati.
4. Masukan bancuhan santan pekat dan kacau sehingga mendidih. Teruskan mengacau selama 2-3 minit ketika mendidih. Ini supaya gumpalan hakus dapat terbentuk cantik.
5. Tuang dalam loyang dan sejukkan.

Tips: Letakkan hanya sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak, gula apong sudah ada sedikit masin.

More Like This