Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata berkata Op Taring Alpha yang menyasarkan aktiviti penyeludupan telah merampas 2,854 kotak rokok dan minuman keras. Foto TVS

Rokok, minuman keras bernilai lebih RM98.7 juta dirampas, lapan suspek ditahan

KUCHING, 7 Feb: Rokok dan minuman keras pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM98,717,342.11 dirampas menerusi Op Taring Alpha di sini, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata operasi yang menyasarkan aktiviti penyeludupan, merampas 2,854 kotak rokok dan minuman keras yang telah tamat tempoh.

“Dalam operasi tersebut, lapan lelaki berumur lingkungan 22 tahun hingga 67 tahun telah ditangkap dalam tiga serbuan di premis berasingan yang dijadikan stor,” katanya semasa sidang media, hari ini.

Semua suspek  direman antara dua hingga tujuh hari bermula 7 Februari bagi membantu siasatan.

Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan sehingga lima tahun dan boleh didenda RM100,000. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan