Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga Indonesia terkorban selepas rumah kongsi didiaminya ditimpa pokok tumbang di Chemor di sini semalam. Foto JBPM

Warga Indonesia maut, rumah kongsi dihempap pokok

IPOH, 7 Jan: Seorang lelaki warga Indonesia meninggal dunia manakala lima lagi cedera selepas rumah kongsi didiami mereka berhampiran tanah perkuburan Cina di Chemor di sini dihempap pokok yang tumbang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 6.15 petang daripada orang awam berhubung insiden itu yang berlaku semasa hujan dan angin kencang.

Menurutnya, polis bersama pasukan bomba kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa yang terperangkap.

“Lima lelaki warga Indonesia berusia antara 29 hingga 43 tahun cedera termasuk seorang patah kaki.

“Seorang lagi yang berusia 40 tahun bagimanapun telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini bagi mendapatkan rawatan, manakala mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan