Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, hari ini. Foto, Bernama.

Bayaran insentif awal penjawat awam dibayar 23 Feb ini – PM Anwar

ByBernama

PUTRAJAYA, 6 Feb: Bayaran Insentif Awal sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam, dibayar sekali gus pada 23 Februari ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat pada perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Laporan akhir SSPA dimuktamad dalam tempoh dua bulan ini | TVS

“Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

“Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Bayaran Insentif Awal itu disalurkan sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dimukatamadkan.

Beliau berkata laporan akhir Kajian SSPA dijangka siap dalam tempoh dua bulan, sebelum dibentangkan ke Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan kelulusannya.

“Saya dah mulakan mesyuarat pelarasan gaji penjawat awam (SSPA) dengan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz), (mereka) setuju untuk dipercepatkan.

“Saya tak mahu kata ia sengaja dilengah-lengahkan, sudahlah 12 tahun tunggu, kita ambil laluan pantas,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Laporan Interim 1 Kajian SSPA telah diserahkan kepada Anwar pada 19 Januari lepas.

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen pada 13 Okt lepas dilaporkan mengumumkan pelaksanaan penuh SSPA akan dibuat bermula 2025. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan