Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol menyampaikan sumbangan MRP kepada salah satu pertubuhan di Bintangor, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Semop

Abdullah hulur sumbangan RM115,000 kepada 14 pertubuhan di Bintangor

BINTANGOR, 5 Feb: Keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat terserlah melalui sumbangan berjumlah RM115,000 untuk membantu aktiviti 14 pertubuhan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop, hari ini.

Penyampaian Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) itu disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol.

Datuk Abdullah Saidol semasa menyerahkan sumbangan di SJK Ming Shing. Foto Pusat ADUN Semop

Sehubungan itu, lima Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) – PIBG SJK Ming Shing, PIBG SK Selidap, PIBG SK Sg Sian, PIBG SK Tjg Bundung dan PIBG SRK Abg Amin – masing-masing menerima RM3,000.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Muhibbah RM57,000 untuk projek naik taraf titian belian.

Manakala, JKKK masyarakat Cina Sungai Sian pula menerima RM3,000 bagi tujuan jamuan Tahun Baharu Cina.

Antara penerima lain termasuklah Pertubuhan Persaudaraan Silat Mayang Mengurai Wilayah Meradong, RM5,000 dan SABERKAS Meradong RM10,000, Tabika KEMAS Jalan Bidadari menerima RM2,000, Jawatankuasa Surau Darul Ehsan RM10,000, Kelab Rakan Muda Al-Lahdi RM5,000, Pergerakan Wanita Skuad Sayang Kpg.Melayu Bintangor RM5,000 dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Meradong RM3,000.

“Semua Sekolah menerima sumbangan beg sekolah, tetapi hanya guru dan murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Ming Shing mendapat cenderahati sempena sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan dan perjumpaan ringkas bersama wakil PIBG, guru dan wakil JKKK Masyarakat Cina Sungai Sian.

Dalam pada itu Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop turut mengadakan perjumpaan dan sesi perbincangan bersama pemimpin masyarakat Kampung Melayu di Pusat Gerakan Parti Bumiputera Bersatu (PBB) Meradong.

Semasa pertemuannya dengan ketua-ketua masyarakat, beliau mengingatkan pemimpin akar umbi itu supaya memanfaat dan menguruskan sumbangan dana dengan berkemah, berintegriti dan telus.

“Saya juga mengambil kesempatan memberi penerangan tentang Ordinan Ombudsman yang diluluskan dalam persidangan DUN yang lepas. Peruntukan ordinan itu memastikan setiap penjawat awam termasuk ketua masyarakat sentiasa berintegriti melaksanakan tanggungjawab terutama yang melibatkan pengurusan kewangan.

“Orang awam juga boleh membuat aduan salah laku pentadbiran awam dan pihak Ombudsman ada kuasa untuk menyiasat serta menangkap. Wakil rakyat juga tidak terkecuali daripada siasatan dan tindakan agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis jika melanggar undang-undang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan