KOTA SAMARAHAN, 4 Feb: Program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Kota Samarahan 2024 yang berlangsung bermula 1 hingga 4 Februari depan menjadi platform terbaik bagi tiga usahawan kraf tangan dari Kapit untuk mempromosi produkĀ mereka.
Tinjauan TVS mendapati reruai pameran usahawan bimbingan Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu tidak lenggang dikunjungi orang ramai yang teruja melihat keunikan produk kraf tangan etnik Iban.
Antara yang mencuri tumpuan ialah reruai pameran Thewrie Enterprise yang menawarkan produk kraf tangan busana etnik Iban dengan menggunakan cengkerang yang dicorakkan pada permukaannya.
Pemilik syarikat itu, Durie Likong berkata, dia menggunakan cengkerang pada setiap produk kraf tangan yang dhasilkan.
āCengkerang atau dikenali sebagai burii ini akan dijahit dan digam di permukaan skirt, jaket, tali leher, seluar dan kotak isu. Coraknya bermotifkan seni etnik Iban,ā katanya kepada TVS.
Sementara itu, reruai pameran PNG Trade Enterprise pula menawarkan produk kraf tangan manik etnik Iban yang diinovasikan kepada pelbagai jenis.
Menurut pemilik syarikat itu, Penny Ajan, penglibatannya dalam Mini KUD berjaya menambah hasil jualannya.
āKarnival ini sangat membantu jualan saya kerana ramai pengunjung yang bukan berbangsa Iban berkunjung teruja dengan produk yang jual,” katanya.
Seorang lagi usahawan dari Kapit, Seripah Budit pula berkata penglibatan dalam Mini KUD membantu meningkatkan jualannya.
Pemilik L.S Entawau Enterprise itu yang menghasil dan menjual produk kraf tangan berasaskan pua kumbu menyasarkan untuk menyertai karnival lain di luar Sarawak termasuk luar negara.
āSaya ingin menjual produk ini sehingga ke Brunei dan Singapura. Oleh itu saya berharap MARA dapat bantu,ā katanya.
Mini KUD Kota Samarahan 2024 yang berlangsung dari 1 hingga 4 Februari menyaksikan lebih daripada 150 reruai pempamer terlibat. – TVS