Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bangunan runtuh akibat kejadian gempa bumi di Turkiye. Foto AFP

Kerajaan Turkiye laksana 5,533 aktiviti selepas kejadian gempa bumi

ByBernama

ISTANBUL, 2 Feb: Kerajaan Turkiye telah melaksanakan sekitar 5,533 aktiviti bagi mengurangkan kesan psikologi terhadap mangsa terselamat daripada kejadian gempa bumi dahsyat setahun lalu.

Dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, aktiviti itu melibatkan penyertaan pakar kesihatan mental, sukarelawan, pendidik dan jurulatih untuk 420,236 mangsa.

Menurut kenyataan “The Activities Carried Out On The First Anniversary of the Earthquake” yang dikeluarkan oleh Direktorat Komunikasi Presidens, sejumlah 1,163 tenaga pengajar menganjurkan lebih 1,000 aktiviti untuk golongan muda termasuk kegiatan sukan seperti pingpong, bola sepak, caturm dan persediaan peperiksaan serta komunikasi.

“Pelbagai latihan dan aktiviti berlangsung di pusat belia di kawasan berkenaan merangkumi pembangunan individu, sukan, kesenian dan sains. Pada masa ini, 1,305,539 kanak-kanak dan golongan muda telah mendapat manfaat daripada 62,410 aktiviti,” katanya.

Pada 6 Feb 2023, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria dengan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.

Sebanyak 11 wilayah terjejas akibat gempa bumi itu iaitu Kahramanmaras, Hatay, Adıyaman, Osmaniye, Gaziantep, Sanlıurfa, Malatya, Diyarbakır, Adana, Kilis dan Elazıg.

Kementerian Pendidikan Negara telah menjalankan aktiviti sokongan psikososial di wilayah-wilayah terjejas dengan menyediakan pelbagai kursus dalam bidang pakaian, kraftangan, sulaman, seni reka, seni visual, seni hiasan, makanan dan minuman.

“Penginapan dan makanan disediakan kepada 754,180 mangsa bencana di pusat latihan guru dan sekolah seni.

“Sebanyak 80,000 set alat tulis disumbangkan kepada pelajar, 82 khemah sokongan pendidikan khas atau bilik darjah kontena diwujudkan untuk pelajar, dan 416 khemah sokongan psikososial, permainan dan aktiviti dibangunkan untuk kanak-kanak di khemah dan kontena,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan