Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato.

100 nelayan asing ditahan di Pasir Puteh

ByBernama

PASIR PUTEH, 1 Feb: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan menahan 100 nelayan warga asing di sekitar kawasan Semerak dan Tok Bali di sini, hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Kapten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata kesemua mereka itu ditahan dalam Op Bersepadu bersama Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan dan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelantan (AADK), dalam membasmi pekerja nelayan warganegara asing tanpa izin dan mengekang penyalahgunaan dadah.

“Kami melaksanakan operasi ini hasil maklumat risikan yang mendapati terdapat penambahan mencurigakan dalam kalangan nelayan warganegara asing bekerja di bot zon C dan C2 di sekitar Semerak dan Tok Bali,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Erwan berkata operasi itu melibatkan seramai 78 pegawai dan anggota, dengan memberi tumpuan kepada penguatkuasaan undang-undang Akta Akta APMM 2004, Akta Imigresen 1959/63, Akta Perikanan 1985 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata 11 orang turut ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki menyalahgunakan dadah.

“Kesemua tahanan itu dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan sebelum diserahkan kepada JIM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada 5 pagi tadi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan