Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merasmikan Majlis Perhimpunan Khas Dewan Bandaraya Kuching Utara di Pangkalan Sapi di Kuching, hari ini. Foto TVS.

Pelan Bersih, Cantik, Selamat, Pintar dan Mampan ke arah Kuching bandar raya lestari

KUCHING, 1 Feb: Pelan Bersih, Cantik, Selamat, Pintar dan Mampan (CBSSS) bermatlamat menjadikan Kuching sebagai bandar raya lestari dan maju menjelang 2030.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata CBSSS menggariskan strategi, pelan tindakan dan indikator prestasi utama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam mencapai matlamat berkenaan.

“Pelaksanaan CBSSS ini merupakan satu inisiatif yang mengagumkan kerana ia memberi fokus kepada penglibatan komuniti,” katanya pada Majlis Perhimpunan Khas DBKU di sini, hari ini.

Menurutnya, CBSSS juga adalah sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 bagi memastikan Sarawak menjadi tempat terbaik bagi membina kehidupan.

CBSSS memberi penekanan terhadap penglibatan komuniti agar impak pembangunannya dapat dirasai oleh seluruh warga Kuching selain memupuk semangat kekitaan dan tanggungjawab di kalangan masyarakat.

Dr Abdul Rahman turut meyeru agar semua warga kerja DBKU berganding bahu mempergiatkan agenda transformasi digital dalam sektor awam ia bagi merealisasikan visi Perkhidmatan Awam Sarawak bertaraf dunia.

“Saya ingin menyeru kepada seluruh warga kerja DBKU agar terus sentiasa berganding bahu untuk merealisasikan visi Perkhidmatan Awam Sarawak bertaraf dunia,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan