Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
David Beckham yang tiba di Malaysia semalam meluahkan rasa kagum dengan pemandangan waktu malam di Kuala Lumpur. Foto David Beckham (IG)

David Beckham singgah di Malaysia, sempat ‘promosi’ KLCC

ByDayu Adruce

KUCHING, 1 Feb: Legenda bola sepak England, David Beckham yang tiba di Malaysia semalam meluahkan rasa kagum menyaksikan pemandangan waktu malam di Kuala Lumpur.

Menerusi Instagramnya, bekas bintang kelab bola sepak Manchester United itu memuat naik fotonya yang berlatar belakang bangunan ikonik Malaysia, Menara Berkembar Petronas (KLCC).

“Wow, pemandangan yang mengagumkan, bandar raya yang hebat,” tulisnya.

Perkongsian bekas bintang Manchester United itu menarik perhatian pengikutnya apabila mendapat lebih 900,000 tanda suka dan 10,000 komen termasuk oleh pemain bola sepak serta selebriti tempatan.

Difahamkan David berada di ibu negara bagi menghadiri pelancaran barangan sukan jenama terkenal di Tun Razak Exchange (TRX) petang ini.

Pagi tadi, bekas pemain Real Madrid itu turut menghadiri majlis pelancaran program bola sepak wanita di Kelab Sukan Diraja Bukit Kiara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan