Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenyataan rasmi berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka dikeluarkan minggu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa. Foto AFP.

Kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan dijangka minggu ini – Dr Zaliha

ByBernama

PUTRAJAYA, 1 Feb: Kenyataan rasmi berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka dikeluarkan minggu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

“Itu nanti kita tunggu kenyataan (Lembaga Pengampunan)… insya-Allah minggu ini kita harapkan,” katanya.

Beliau yang juga antara anggota Lembaga Pengampunan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2024 di sini hari ini, sebagai mengulas status Najib berhubung isu berkenaan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam dilaporkan berkata isu pengampunan Najib turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu namun mengingatkan pengamal media tempatan dan luar negara untuk menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan sebelum membuat laporan mengenainya.

Media antarabangsa Channel NewsAsia (CNA) dalam laporannya mendakwa Najib telah diberikan pengurangan hukuman daripada 12 kepada enam tahun.

Media itu yang memetik sumber termasuk pegawai kanan kerajaan, melaporkan pengurangan hukuman penjara terhadap Najib atas kasalahan rasuah dibuat Lembaga Pengampunan itu dalam mesyuarat pada Isnin lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan