Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jumlah 30 Atlet Ke Olimpik Tokyo Pencapaian Memuaskan – Reezal Merican

ByBernama

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan jumlah 30 atlet negara yang disenaraikan ke Sukan Olimpik Tokyo yang dijadual bermula dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini sebagai satu pencapaian memuaskan.

Reezal Merican berkata beliau berpuas hati dengan jumlah atlet itu kerana mencapai sasaran ditetapkan, selain masih dalam lingkungan angka 30 dan ke atas seperti yang dicapai pada dua edisi sebelum ini, iaitu Rio 2016 dan London 2012.

Beliau juga mahu atlet yang baru disahkan penyertaan ke Sukan Olimpik Tokyo seperti dua atlet olahraga, Lee Hup Wei (lompat tinggi) dan Azreen Nabila Alias (100 meter wanita) selain Jeremiah Loo Phay Xing (gimnastik) dan Syaqiera Mashayikh (memanah) agar menggunakan peluang keemasan itu sebaik mungkin untuk menampilkan aksi terbaik walaupun mendapat slot menerusi tiket ‘wildcard’ mahupun merit.

“Penyertaan mereka ini cukup bermakna kerana mempunyai peluang dan impian untuk pecah rekod sendiri, perbaiki ranking serta cuba bawa balik pingat untuk negara,” katanya kepada pemberita, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengesahan oleh Majlis Olimpik Malaysia berhubung senarai 30 atlet berkenaan yang mewakili negara di Sukan Olimpik Tokyo.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan