Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pasukan ‘Mobile Outreach’ Berjaya Cepatkan Vaksinasi Di Sarawak

ByFebbright James

KUCHING, Julai 3: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari memaklumkan pasukan ‘Mobile Outreach’ yang diusahakan untuk program vaksinasi COVID-19 Sarawak dilihat berjaya membantu mempercepatkan proses vaksinasi di negeri ini.

Pasukan itu telah digerakkan di kawasan pedalaman dan pinggir bandar di seluruh negeri sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula di Sarawak awal Mac lepas bagi membantu untuk melancarkan program berkenaan.

Jelasnya usaha itu juga melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), wakil rakyat, swasta dan korporat bagi memastikan rakyat di Sarawak mendapat suntikan vaksin.

“Ini membolehkan rakyat disuntik tanpa perlu ke tempat lain. Mereka yang uzur dan mungkin sukar untuk bergerak juga diberikan suntikan oleh pasukan ini secara terus di rumah mereka.

“Pendekatan ini pasti menghasilkan kejayaan untuk kita capai sasaran kita memberi vaksin kepada 80 peratus penduduk Sarawak menjelang Ogos,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna Datuk Daud Abdul Rahman di sini hari ini.

Beliau juga memaklumkan hari ini Sarawak mensasarkan 60,000 suntikan sehari berbanding sbeelum ini 50,000.

Setakat semalam 1,488,579 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Sarawak.

Tags: #bm, #tvstv

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan