Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ramlan menyerahkan beg cenderahati Tahun Baru Cina kepada pengguna jalan raya. Foto TVS

JBPM Limbang rekod RM12 juta kerugian harta benda akibat kebakaran tahun lalu

LIMBANG, 31 Jan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang merekodkan sebanyak RM12 juta nilai kerugian bagi harta benda yang musnah di bahagian ini akibat kebakaran sepanjang tahun lalu.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan berkata, jumlah itu meningkat mendadak enam kali ganda berbanding pada tahun 2022 yang merekodkan hanya RM2 juta kerugian.

Jelasnya, peningkatan nilai kerugian ini disebabkan berlaku kebakaran berskala besar yang memusnahkan rumah panjang Bujang Rantau Kiran yang terletak jauh di pedalaman tahun lepas.

“JBPM Zon Tujuh Limbang merekodkan sebanyak RM12 juta anggaran kerugian bagi tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak enam kali ganda berbanding tahun 2022 iaitu sebanyak RM2 juta kerugian.

“Antata faktor yang menyumbang kepada peningkatan anggaran kerugian ini disebabkan kebakaran Rumah Panjang Bujang Rantau Kiran pada tahun lepas,” katanya ketika ditemui media selepas Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Tahun Baru Cina di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang hari ini.

Ramlan mendedahkan lagi kebanyakan kes kebakaran yang berlaku adalah disebabkan penggunaan peralatan elektrik dan peralatan gas.

Beliau turut menasihati orang ramai terutama pada sambutan Tahun Baru Cina ini agar lebih berhati-hati mengelak berlakunya kes kebakaran sepanjang musim perayaan.

Bagi cuaca panas yang melanda negara yang dijangka berlaku sehingga Mac ini beliau turut mengingatkan penduduk di bahagian ini untuk mengelak melakukan pembakaran terbuka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan