Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat pada Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Istana Negara, hari ini. Foto Bernama.

Raja-Raja Melayu berangkat tiba di Istana Negara untuk hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Sultan dan raja-raja Melayu tiba di Istana Negara pagi ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) sempena Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.

Mesyuarat itu dijadual berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 11 pagi dengan dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sultan Ibrahim tiba di ibu negara untuk lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Setakat 9.45 pagi ini, beberapa kenderaan rasmi yang membawa Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu kelihatan mula tiba di Istana Negara antaranya Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Pada mesyuarat kali ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim akan melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, manakala Sultan Perak Sultan Nazrin Shah akan melafaz sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali ketiga.

Sultan Ibrahim tiba di ibu negara untuk lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah yang menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan