Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelajar perempuan di sebuah universiti swasta di sini rugi RM5,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran kerja di Facebook. Foto, Envato.

Pelajar universiti swasta di Miri rugi RM5,000 jadi mangsa penipuan tawaran kerja di Facebook

MIRI, 31 Jan: Seorang pelajar perempuan di sebuah universiti swasta di sini rugi RM5,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran kerja di Facebook.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, mangsa melihat iklan berkenaan pada Isnin lepas sebelum berhubung dengan suspek menerusi Aplikasi WhatsApp dan diberikan ‘tugasan’.

“Mangsa diminta untuk membuat pembayaran dan menaikkan rating sesuatu produk yang diberikan oleh suspek dengan dijanjikan bayaran komisen.

“Mangsa melakukan tugasan itu beberapa kali dan apabila cuba mengeluarkan wang komisen, suspek memberi pelbagai alasan dan meminta pembayaran lagi,” katanya menerusi satu kenyataan media semalam.

Alexson Chabu berkata, mangsa telah melakukan lima transaksi ke tiga akaun bank berbeza dan hanya menyedari dirinya ditipu selepas tidak menerima komisen yang dijanjikan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan