Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah kedai motosikal di Taman Sri Utama, Gurun dekat sini, pagi tadi.  Foto JPBM

Lelaki OKU maut kedai motosikal terbakar

ByBernama

SUNGAI PETANI, 28 Jan: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah kedai motosikal di Taman Sri Utama, Gurun dekat sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, mangsa yang berusia 34 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam tandas premis berkenaan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan menerusi talian 999 pada 4.40 pagi. Sebanyak 16 pegawai serta anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak dan BBP Yan digegaskan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan anak pemilik kedai motosikal terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan.

“Kedai satu tingkat itu musnah lebih 90 peratus dan api berjaya dikawal pada 5.17 pagi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan