Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Peter Minos berkata kerajaan komited mentransformasikan Kota Samarahan sebagai hab pendidikan dan kesihatan. Foto Marzella Sigai (TVS)

Kota Samarahan pesat membangun, pelbagai projek dilaksanakan

ByMarzella Sigai

JUMAAT, 26 Jan: Dengan jumlah penduduk yang mencecah anggaran 300,000 orang pada Mac 2023, Kota Samarahan kini menjadi destinasi menarik bagi penduduk yang mencari bukan sahaja rumah mampu milik, malah pelbagai peluang pekerjaan.

Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Dato Peter Minos berkata, penambahbaikan lima bulatan di sepanjang jalan Kota Samarahan – Kuching, pemasangan lampu isyarat pintar dan projek pelebaran jalan, mempamerkan komitmen kerajaan mentransformasikan Kota Samarahan menjadi hab pendidikan dan kesihatan.

“Terdapat banyak pembangunan dilaksanakan di Kota Samarahan, dengan hab pendidikan yang sedia ada seperti UNIMAS, UiTM, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, dan Institut Latihan Perindustrian (ILP).

“Kita ada hab pendidikan dan hab perubatan, serta Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bekerja tanpa henti untuk membawa beberapa projek pembangunan fasiliti perubatan di Kota Samarahan.

“Jadi, kita akan mempunyai dua hab yang akan mewujudkan peluang pekerjaan, kemasukan lebih ramai orang, perumahan baru dan sebagainya, yang berkaitan dengan dua hab ini,” katanya pada Majlis Perasmian Arden City oleh Ibraco Berhad di sini, hari ini.

Ujar beliau lagi, kedudukan Kota Samarahan yang strategik juga menarik pelbagai projek pembangunan yang sejajar dengan visi untuk memajukan Kota Samarahan secara berterusan agar mampu menampung populasi penduduk yang semakin meningkat.

Antara projek tersebut termasuk sistem Transit Aliran Automatik (ART) dan Jambatan Sejingkat yang dijangka siap pada 2025 untuk menangani kesesakan lalu lintas di jalan Kuching – Samarahan, sekali gus menjadi sebuah bandar yang dinamik serta berdaya saing.

“Saya juga ingin mengatakan, akan ada satu pusat sukan bakal diwujudkan, ekoran Kota Samarahan hanya mempunyai satu stadium kecil,” ujarnya . – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan