Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas Foto fail Aziz Soleh (TVS)

394 veteran dilantik sertai IBET, kekang penularan Rabies di sempadan

ByFebbright James

KUCHING, 26 Jan: Seramai 394 veteran tentera yang secara sukarela direkrut menyertai ‘Immune Belt Enforcement Team’ (IBET) dalam usaha kerajaan Sarawak membanteras wabak rabies di kawasan sempadan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pasukan veteran ini merupakan petugas barisan hadapan yang bertugas di kawasan sempadan iaitu dari Lundu hingga Ba’ Kelalan bagi membantu mengekang penularan wabak ini.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Upacara Menyimen Kubur Mendiang Mejar (B) Michael Riman Bugat di Makam Pahlawan. Foto Aziz Soleh (TVS)

“Kami mendapati anjing-anjing penduduk di kawasan sempadan memasuki negara jiran sehingga sebilangan anjing tersebut mendapat virus rabies dari sana (negara jiran).

“Saya difahamkan mereka telah melakukan tugasan dengan baik sekali. Mereka juga akan membantu sekiranya berlaku kecemasan seperti banjir, kebakaran dan sebagainya kerana kawasan ini jauh dan sukar untuk agensi berkaitan menyalurkan bantuan dengan kadar segera,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada Upacara Menyimen Kubur Mendiang Mejar (B) Michael Riman Bugat di Makam Pahlawan di sini, hari ini.

Menjelaskan lanjut, Uggah berkata veteran ini merupakan pasukan tindakan cepat dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan di sempadan dan kawasan pedalaman di samping mengekang rabies dari terus merebak ke negeri ini.

Selain itu, katanya pasukan veteran ini turut diharap dapat mengekang demam babi afrika (ASF) yang menyerang Sarawak pada tahun lalu.

“Pasukan veteran ditempatkan di kawasan sempadan kerana kebanyakan mereka merupakan penduduk di rumah panjang kawasan tersebut. Ini menjimatkan kos pengangkutan dalam menempatkan mereka untuk bertugas di sana (sempadan),” ujarnya.

Sementara itu, pada upacara tersebut beliau bersama dif-dif kenamaan yang lain berkesempatan memberi penghormatan kepada mendiang Mejar (B) Michael Riman Bugat.

Hadir sama, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan