Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi jaguh badminton lelaki negara, Lee Zii Jia di Indonesia Masters 2024. Foto TVS

MASTERS INDO: Zii Jia, dua beregu Malaysia melangkah ke suku akhir

ByTVS

JAKARTA, 25 Jan: Pemain badminton perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia melepasi pusingan kedua Indonesia Masters 2024, selepas menumpaskan pemain dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long.

Zii Jia, yang beraksi di Istora Senayan, di sini hari ini, meneruskan rentak kemenangan dengan straight set 22-20, 21-15 dalam tempoh 46 minit.

Mengiringi beliau ke peringkat suku akhir adalah gandingan regu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah selepas dengan mudah menundukkan wakil Perancis, Margot Lamber-Anne Tran 21-14, 21-7.

Keputusan sama juga datang dari beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang mengatasi rakan senegaranya Chan Peng Soon-Cheah Yee See dengan keputusan 21-12, 21-16.

Selepas aksi skuad negara malam ini, peminat badminton Malaysia harus berpuas hati dan selepas ini hanya tinggal tiga wakilnya yang lain akan beraksi pada suku akhir Indonesia Masters 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan