Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Foto TVS.

Sarawak komited tuntut perkara tertunggak dalam MA63 – Sharifah Hasidah

ByAkma Salleh

KUCHING, 25 Jan: Kerajaan Sarawak terus komited menuntut perkara yang masih tertunggak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) daripada kerajaan Persekutuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, tuntutan yang diperjuangkan Sarawak turut merangkumi autonomi kesihatan.

“Beberapa minggu lepas kita ada mesyuarat dengan menteri kesihatan baharu (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad) untuk membincangkan autonomi kesihatan.

“Segala perbincangan berjalan dengan lancar. Apa yang kita belum dapat balik kita akan terus perjuangkan dan dibawa dalam mesyuarat-mesyuarat terutamanya jawatankuasa teknikal untuk kita bincang. Memang ada perkara lambat sikit, tetapi ada yang kita dah dapat balik.

“Sebenarnya dalam MA63 banyak juga yang kita telah capai,” katanya ketika ditemui TVS pada Khamis.

Untuk rekod, autonomi kesihatan merupakan salah satu daripada tiga perkara yang dituntut Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selain pendidikan dan hak ke atas pelabuhan Bintulu.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato Lukanisman Awang Sauni berkata tuntutan yang dibuat menerusi autonomi itu merangkumi untuk mewujudkan serta menambah klinik-klinik komprehensif di seluruh negeri ini.

Jelasnya, tumpuan tuntutan berkenaan ekoran keperluan klinik kesihatan yang lebih mendesak terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan