Seorang wanita berdiri memerhati sebuah rumah di Long Adang musnah dalam kebakaran semalam di Limbang.
Dengan hanya mampu melihat kerana kebakaran itu sudah memusnahkan keseluruhan bahagian.
Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Henderi Ardimansyah berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3.15 petang Khamis.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal dua tingkat yang telah terbakar 100 peratus.
Semua penghuni rumah dilaporkan selamat dan tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba Limbang sedang diatur gerak ke lokasi kejadiaan untuk kerja-kerja penyiasatan kebakara.
Seperti dimaklumkan jalan menuju ke lokasi adalah melalui jalan balak dan terpaksa melalui dua sungai.
Sekiranya hujan, kenderaan tidak dapat melaluinya dan risiko runtuhan tanah becah di laluan berbukit menyhebabkan perjalanan ke lokasi mengambil masa 7 hingga 8 jam.