Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua Daripada Empat Banduan Berjaya Ditangkap Semula

ByKhairil Zharif Affindie

Dua daripada empat banduan yang melarikan diri dari Penjara Puncak Borneo berjaya ditangkap pihak penjara.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail setakat pukul 11:00 malam, usaha menjejaki dua lagi banduan masih dilakukan. 

“Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan dan Tiger Platoon Pasukan Gerakan Am (PGA) telahpun digerak untuk bantu pihak penjara memasuki kawasan hutan berhampiran. Op tutup juga telah dilancar sejak sebaik maklumat diperolehi petang semalam,”

Difahamkan empat banduan itu meloloskan diri dari tahanan dan melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran pusat latihan polis kuching di jalan puncak borneo, sekitar pukul 6:00 petang, khamis (1 julai). 

Susulan itu, tular di media sosial gambar wajah empat banduan tersebut. Bagaimanapun tiada pengesahan daripada polis mengenai kesahihan gambar berkenaan. 

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan