Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Anwar Ibrahim (Twitter)

Sektor pelancongan berupaya jana ekonomi, wujudkan kesan limpahan – Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Sektor pelancongan berupaya menjana aktiviti ekonomi dan mewujudkan kesan limpahan kepada sektor ekonomi lain yang berkaitan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, beliau berkata, ia termasuklah dalam meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

“Kerajaan perlu cepat membangunkan produk dan infrastruktur pelancongan bersama pemain sektor swasta,” katanya.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) yang turut dihadiri menteri-menteri dan pegawai kanan jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan.

“Saya turut singgung pentingnya mempermudah dan mempercepatkan proses kelulusan berkaitan, serta menambah baik operasi khususnya di lapangan terbang.

“Di samping itu, kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin dalam mencapai sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026),” katanya.

Mesyuarat jawatankuasa itu khusus bertujuan menyelaras pembangunan industri pelancongan dan kebudayaan dalam memajukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan pilihan utama dunia menjelang VM2026. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan