SYDNEY, 23 Jan: Jenama fesyen gergasi Sweden, H&M pada Selasa menarik semula iklan pakaian sekolah yang dikritik mengandungi unsur seksualiti terhadap kanak-kanak perempuan.
Kempen iklan itu yang dilancarkan di Australia memamparkan dua kanak-kanak perempuan memakai pakaian seragam sekolah dengan kapsyen bertulis “Make those heads turn in H&M’s Back to School fashion”.
Pengguna media sosial turut mengecam iklan berkenaan.
“Kami telah menarik balik iklan berkenaan,” kata jurucakap syarikat kepada AFP.
“Kami juga kesal dengan kesilapan ini dan sedang meneliti cara terbaik untuk memaparkan iklan pada masa akan datang,” tambahnya. -TVS