Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Luar British mengeluarkan amaran pada Sabtu mengenai keadaan yang meruncing dan risiko sebenar kebuluran di Semenanjung Gaza sambil mengumumkan penghantaran sebuah kapal Tentera Laut Diraja untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan di rantau itu. Foto fail AFP

Wabak penyakit merebak dalam kalangan kanak – kanak di Gaza

ByBernama

GAZA, 22 Jan: Wabak penyakit mula merebak dengan cepat dalam kalangan penduduk Gaza, terutama kanak-kanak apabila hampir keseluruhan infrastruktur di wilayah itu termasuk sistem penjagaan kesihatan musnah akibat serangan Israel.

Rakyat Palestin yang terpaksa meninggalkan rumah mereka dan berhijrah ke kem di wilayah selatan  cuba bertahan tanpa keperluan asas, terutama tempat perlindungan, lapor Agensi Anadolu.

Wabak penyakit menular berikutan kekurangan makanan dan peralatan kebersihan serta air kotor.

Sejuk melampau tambah derita pelarian Palestin di Rafah

Pakar berkata jika gencatan senjata tidak dicapai dan bantuan kemanusiaan tidak sampai ke wilayah itu, beribu-ribu penduduk mungkin mati akibat pelbagai penyakit, terutama wabak.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk.

Lebih 60 peratus infrastruktur di wilayah itu juga rosak atau musnah.

Israel melancarkan serangan maut di Semenanjung Gaza pada 7 Okt, membunuh sekurang-kurangnya 25,105 rakyat Palestin dan mencederakan 62,681 yang lain. -TVS

Tags: gaza, penyakit

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan