Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Stadium Bola Keranjang Bintangor yang kini memasuki fasa ketiga, dijangka dapat digunakan pada penghujung tahun depan. Foto: TVS

Pembinaan Stadium Bola Keranjang Bintangor kini memasuki fasa akhir

BINTANGOR, 22 Jan: Stadium Bola Keranjang Bintangor bernilai RM2.8 juta yang kini memasuki fasa ketiga, dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada penghujung tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, ketika ini pihaknya sedang menunggu kelulusan pihak bomba sebelum stadium terbabit dapat digunakan sepenuhnya nanti.

Secara keseluruhan katanya, pembinaan prasarana sukan bertaraf moden itu terbahagi kepada empat fasa.

“Struktur bangunan stadium ini sudah siap sepenuhnya. Fasa keempat adalah untuk perabot, papan markah dan sebagainya.

“Saya berharap kita boleh menggunakan sepenuhnya stadium ini pada penghujung tahun depan. Ia adalah sebuah bangunan sangat ikonik yang terletak di tengah bandar Bintangor,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, apabila siap sepenuhnya nanti, kemudahan sukan bertaraf moden itu boleh dimanfaatkan penduduk untuk menganjurkan pelbagai aktiviti sekali gus menjadi platform penyatuan dalam kalangan mereka.

Selain menyediakan prasarana yang selamat dan selesa ujarnya, Stadium Bola Keranjang Bintangor juga bakal dijadikan tempat untuk melahirkan lebih ramai atlet muda yang berbakat dalam sukan tersebut.

Tambahnya, peruntukan projek yang disalurkan melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Meradong itu, diluluskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg . – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan