Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seluruh warga kementerian dan agensi kerajaan diminta melakukan pendaftaran dan pengemaskinian maklumat melalui portal Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selewat-lewatnya 15 Februari ini. Foto fail Bernama

Warga kementerian, agensi diminta kemas kini maklumat PADU selewat-lewatnya 15 Februari

ByBernama

PUTRAJAYA, 22 Jan: Seluruh warga kementerian dan agensi kerajaan diminta melakukan pendaftaran dan pengemaskinian maklumat melalui portal Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selewat-lewatnya 15 Februari ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam dalam hantaran menerusi media sosial memaklumkan satu daripada kepentingan mendaftar PADU adalah bagi memastikan mereka yang layak mendapat manfaat, tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial.

Dalam hantaran itu, JPA turut memuat naik surat edaran bagi tujuan berkenaan bertarikh 17 Januari yang dihantar kepada semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan, setiausaha kerajaan negeri, ketua pengurusan pihak berkuasa berkanun negeri dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.

Surat itu yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz turut memaklumkan gesaan sama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 1/2024, 14 Januari lepas yang mahu tindakan segera diambil semua warga kementerian dan jabatan kerajaan.

Menurut surat edaran itu, kerjasama dan komitmen semua pihak berhubung perkara ini amat penting dan diperlukan bagi menjayakan inisiatif PADU.

PADU yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lepas bertujuan menjadi sumber primer kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan