Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang dihempap bangunan runtuh di Jakarta, Indonesia, petang semalam. Foto TVS.

Tiga maut dihempap bangunan runtuh berpunca angin kencang

JAKARTA, 22 Jan: Tiga disahkan maut manakala seorang cedera parah akibat dihempap bangunan runtuh di Tebet, Jakarta Selatan, petang semalam.

Bangunan setinggi enam meter serta 30 meter lebar itu runtuh disebabkan kejadian angin kencang yang melanda kawasan berkenaan.

Ketua Bomba Wilayah Jakarta Satriadi Gunawan berkata, ketika kejadian, kesemua mangsa sedang berteduh dalam bangunan itu.

“Bangunan itu (sebenarnya) telah retak di bahagian bawah dan runtuh secara tiba-tiba dan menghempap kesemua mangsa dari arah belakang,” katanya.

Kesemua yang meninggal dunia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan identiti mereka disahkan sebagai Samedi Iriyanto, berusia 80 tahun, Thio Tinnio (74) dan Ami Kusuma Dewi yang berusia 35 tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan