CHINA, 22 Jan: Seramai 44 orang dipercayai tertimbus dalam tanah runtuh di Wilayah Yunnan Barat Daya China pada Isnin.
Menurut laporan media kerajaan tempatan, tanah runtuh tersebut berlaku pada 5:51 pagi di daerah Zhenxiong yang melibatkan 44 orang daripada 18 isi rumah.
Katanya lebih 200 orang telah dipindahkan segera di tempat perlindungan dari wilayah tersebut.
“Lebih 200 orang telah dipindahkan segera dari wilayah itu,” katanya.
Sementara itu pihak berkuasa telah melancarkan panggilan kecemasan yang melibatkan lebih 200 pekerja penyelamat serta berpuluh jentera bomba bagi menyelamatkan mangsa yang tertimbus.
Menurut Agensi berita Xinhua, jumlah penduduk kampung yang dikebumikan masih belum diketahui.
Bagaimanapun, tanah runtuh adalah perkara biasa berlaku di Yunnan, China. – TVS