Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wanita yang berusia 43 tahun dari Kajang, Selangor itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan di bawa ke hospital. Gambar hiasan Envato

Wanita lemas ketika latihan menyelam

ByBernama

ALOR SETAR, 22 Jan: Seorang wanita dipercayai lemas ketika sedang menjalani latihan menyelam bersama sebuah syarikat berlesen tempatan di Perairan Pulau Payar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata mangsa yang berusia 43 tahun dari Kajang, Selangor itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

“Balai Polis Langgar menerima laporan daripada pihak hospital kira-kira pukul 2 petang yang memaklumkan mengenai seorang pesakit telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital setelah disyaki lemas ketika menjalani latihan menyelam.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan