Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hadir pada Pertandingan Memancing GP Joran di Tebingan Sungai Kuala Lawas di sini hari ini. Foto, TVS.

Sungai bukan tong sampah – Awang Tengah

LAWAS, 21 Jan: Sungai bukan tempat untuk dijadikan sebagai ‘tong sampah’ malah kebersihannya perlu dijaga oleh semua pihak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sikap bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat perlu disemai untuk menjayakan hasrat memiliki sungai yang bersih.

“ (Oleh itu) janganlah kita merosakkan kebersihan sungai dengan membuang sampah serta sisa makanan ke dalam sungai secara sebarangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pertandingan Memancing GP Joran di Tebingan Sungai Kuala Lawas di sini hari ini.

Turut hadir isterinya, Datuk Dayang Morliah Awang Daud.

Sementara itu, Osman Jamal muncul juara pertandingan berkenaan selepas berjaya menaikkan ikan sembilang seberat 780 gram.

Kejayaan itu menyaksikan peserta dari Kampung Luangan Lawas membawa pulang wang tunai RM5,000.

Abdul Rahaman Ramli dari Kampung Merapok Lawas pula di tempat kedua dan menerima RM2,500 selepas mendaratkan ikan pari seberat 720 gram.

Syarif Abdul Aziz dari Kampung Noor Islam Kuala Lawas membawa pulang RM1,000 selepas menaikkan ikan pari seberat 660 gram.

Seramai 326 pemancing dari seluruh Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Brunei menyertai pertandingan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan