Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuching yang merupakan ibu negeri Sarawak muncul sebagai destinasi pelancongan keempat termurah di rantau Asia. Foto TVS

Kuching diiktiraf bandar ke-10 terbersih dunia

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 21 Jan: Bandar raya ini disenarai sebagai bandar ke-10 terbersih di dunia.

Berdasarkan laporan kualiti udara bandar di seluruh dunia di laman web IQAir hari ini, Kuching berada di kedudukan ke-10 dengan mencatat jumlah 18 mata indeks kualiti udara (AQI) .

Ibu negeri Sarawak, Kuching disenarai sebagai antara bandar raya terbersih di dunia.

Kedudukan itu jauh mengatasi Kuala Lumpur yang berada di tempat ke-81 dunia dengan mencatatkan AQI sebanyak 86 mata.

Sebelum ini Kuching berjaya merangkul beberapa anugerah bandar terbersih antaranya dari Majlis Anugerah Standard Pelancongan ASEAN pada tahun lalu.

Sementara itu, Kobe, Jepun berada di kedudukan pertama dengan mencatatkan AQI sebanyak empat mata diikuti San Francisco, Amerika Syarikat dan Osaka, Jepun.

Singapura pula disenaraikan pada kedudukan ke-34, Jakarta (47) dan Chiang Mai (Thailand) pada tangga ke-57.

Dalam pada itu,  Dhaka (Bangladesh) disenaraikan sebagai bandar raya paling kotor di dunia dengan 300 mata diikuti Kolkata dan Delhi di India yang melengkapkan senarai tiga bandar paling tercemar di dunia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan