Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain tengah Malaysia Stuart Wilkin bersaing untuk mendapatkan bola menentang pemain tengah Bahrain Ali Madan semasa perlawanan bola sepak Kumpulan E Piala Asia AFC Qatar 2023 antara Bahrain dan Malaysia di Stadium Jassim bin Hamad di Doha. Foto AFP

Piala Asia 2023: Ali Madan dedikasi gol kemenangan kepada keluarga, penyokong Bahrain

ByBernama

AL RAYYAN (QATAR), 21 Jan: Pemain tengah Bahrain Ali Madan mendedikasikan gol kemenangannya ke atas Malaysia pada perlawanan kedua Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 kepada seluruh ahli keluarganya dan penyokong setia skuad Dilmun’s Warriors.

Pemain kelab Ajman berusia 28 tahun itu menjaringkan gol pada minit-minit akhir masa kecederaan babak kedua perlawanan untuk mengesahkan kemenangan 1-0 Bahrain ke atas Malaysia sekali gus membantu pasukannya meraih kemenangan pertama pada kempen kali ini.

Kemenangan itu menghidupkan peluang Bahrain untuk memburu tempat ke pusingan 16 terbaik menjelang aksi terakhir kumpulan menentang Jordan Khamis ini, sekali gus menyamai pencapaian pada edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Ia merupakan saat yang hebat untuk menjaringkan gol pada minit-minit terakhir dengan tekanan yang tinggi saya ingin mendedikasikan gol ini kepada ibu dan bapa saya, isteri, anak-anak dan penyokong,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan di sini.

Gol itu merupakan jaringan pertamanya di pentas Piala Asia sejak kali pertama mewakili Bahrain pada edisi lepas.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Bahrain Juan Antonio Pizzi merasakan pasukan bimbingannya layak memenangi perlawanan yang mendebarkan itu.

Beliau berkata, gol kemenangan pada minit-minit akhir itu disebabkan keupayaan anak buahnya mengekalkan fokus sepanjang permainan yang menyaksikan mereka berjaya mencipta beberapa peluang untuk memecah kebuntuan.

“Kami memenanginya pada minit-minit terakhir tetapi ia bukannya nasib, kami berhak menang, hasil kerja keras dan kami mencipta banyak peluang tetapi tidak dapat melakukan jaringan pada awalnya.  Kami tahu ia akan menjadi suatu perlawanan yang sukar dan ia sememangnya berlaku, kami berhak untuk menang, kata jurulatih berusia 55 tahun itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan