Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy. Foto TVS

Kerajaan tidak pinggir masyarakat India – Saraswathy

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Kerajaan sama sekali tidak pernah meminggirkan masyarakat India dalam negara malah telah merancang pelbagai inisiatif bagi memperkasakan komuniti itu.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy berkata pada persidangan meja bulat bersama wakil badan bukan kerajaan (NGO) komuniti India di sini hari ini, pihak berkenaan telah membangkitkan beberapa perkara antaranya berasa terpinggir daripada setiap inisiatif yang telah diperkenalkan kerajaan.

Menurut Saraswathy beliau telah memberikan penerangan berkaitan inisiatif kerajaan kepada wakil NGO terlibat selain meminta mereka memberikan kerjasama baik agar isu berbangkit dapat diselesaikan secara baik.

“Sebagai contoh saya telah menyentuh perihal inisiatif IPR (Inisiatif Pendapatan Rakyat) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk membasmi kemiskinan tegar melalui program insan, ihsan dan sebagainya.

“Walaupun itu adalah inisiatif baik, boleh membantu sedikit sebanyak meningkatkan (taraf hidup) masyarakat India keluar daripada belenggu kemiskinan, tetapi maklumat itu tidak sampai kepada mereka yang lebih memerlukan,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Meja Bulat: The Current State of Indians and way forward! berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.

Saraswathy berkata pendekatan kerajaan ketika ini ialah berdasarkan ‘need based’ atau berasaskan keperluan dalam memastikan tiada yang terpinggir, justeru sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenalkan awal bulan ini mampu memastikan perkara itu tercapai.

“Jadi sebarang permohonan bagi proses kelulusan itu akan menjadi lebih mudah berbanding sebelumnya,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan