Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah ditemui pada sesi sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Awal Kanak-kanak Sarawak (MPAKS) yang pertama bagi tahun 2024, di pejabatnya, di Kuching, hari ini. Foto: TVS
Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata pindaan itu dibuat berikutan keluhan pemegang kad tersebut yang merasakan mereka tidak menikmati sebarang faedah daripada bantuan tersebut. Foto fail TVS

Sarawak sasar 99 peratus kanak-kanak terima pendidikan awal pada 2024 – Fatimah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 19 Jan: Sarawak menyasarkan untuk meningkatkan peratusan kanak-kanak mendapat pendidikan awal sebelum melangkah ke Darjah 1 kepada 99 peratus pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah mendedahkan jumlah kanak-kanak yang menerima pendidikan prasekolah dari tadika dan taska adalah sebanyak 98.71 peratus pada tahun 2023.

“Jadi, pencapaian tersebut (98.71 peratus) adalah sesuatu yang sangat kami syukuri kerana jika dibandingkan dengan pencapaian di peringkat kebangsaan dari segi akses, hanyalah sebanyak 88.81 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Awal Kanak-kanak Sarawak (MPAKS) yang pertama bagi tahun 2024, di pejabatnya, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus.

Mengulas lanjut, kata Fatimah, pihaknya di bawah MPAKS optimis dalam memastikan setiap kanak-kanak di Sarawak mendapat akses kepada pendidikan awal.

“Kita akan wujudkan satu jawatankuasa khas untuk meneliti berkaitan akses ini yang mana kita ingin tahu apakah puncanya (tidak mendapat akses), dan di manakah (kawasan) yang masih memerlukan akses kepada pendidikan awal kanak-kanak ini.

“Oleh itu, perkara berkenaan akan dibincangkan dalam jawatankuasa kecil yang akan melihat kepada pembahagian taska dan tadika di Sarawak, di mana tempat yang masih kurang misalnya, supaya kita dapat tingkatkan peratusan kanak-kanak menerima pendidikan awal,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan