Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Foto: Bernama.

KPM pelawa guru sertai pembudayaan STEM – Fadhlina

ByFarah Diyana Samsuddin

PUTRAJAYA, 19 Jan: Guru Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dipelawa menyertai program pembudayaan STEM, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata kementerian memperuntukkan RM100,000 untuk pelaksanaan program itu di 10 sekolah terpilih menerusi projek rintis.

“Saya bagi masa dua minggu kepada guru-guru STEM untuk fikirkan apa aktiviti atau program yang sesuai untuk membudayakan pendidikan ini.

“Sampaikan kepada guru kita untuk pastikan mereka menyertai program ini agar pembudayaan STEM akan diterajui guru tempatan, sekali gus memberi impak kepada perjalanan STEM negara,” katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Pendidikan (KPM) di sini hari ini.

Beliau berkata surat tawaran bagi menyertai program itu akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat dan guru yang berminat boleh menghantar permohonan kepada kementerian.

KPM katanya akan memilih sekolah berdasarkan pendapat mereka mengenai usaha mewujudkan ekosistem pembudayaan STEM di sekolah masing-masing.

Selain itu, beliau memaklumkan KPM akan mengadakan Jerayawara Jelajah Pendidikan bermula di Zon Tengah pada 27 Feb ini sebelum disusuli zon lain.

Jerayawara itu, yang dijangka berlangsung hingga Julai ini, bertujuan mendapatkan pandangan berhubung pelan pembangunan pendidikan berkaitan kurikulum persekolahan baharu 2027. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan