Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat Stesen Pelbagai Bahan Api PETROS Darul Hana, hari ini. Foto TVS

Tengku Hassanal berkenan berangkat melawat Stesen Pelbagai Bahan Api PETROS

KUCHING, 18 Jan: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat melawat Stesen Pelbagai Bahan Api Petroleum Sarawak (PETROS) Darul Hana di sini.

Ketibaan baginda pada 10:45 pagi itu diiringi Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr. Hazland Abang Hipni bersama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Robert Hardin.

Dalam majlis sama, Robert Hardin telah menyampaikan sembah taklimat kepada baginda berkaitan operasi kerjasama SEDC dan PETROS dalam usaha mempraktikkan penggunaan tenaga berasaskan hidrogen.

Setelah berkenan melawat sekitar PETROS serta beramah mesra bersama kakitangan dan masyarakat sekitar, Tengku Hassanal berkenan bertukar-tukar cenderahati dengan Robert.

Terdahulu, baginda berkenan berangkat melawat menara SEDC. Di pejabat itu, baginda diperdengarkan sembah taklimat daripada Pengurus Besar SEDC Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir.

Seterusnya, baginda bersama rombongan berkenan melakukan lawatan kerja ke tapak semaian alga SEDC di Taman Perindustrian Demak Laut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan