SIBU, 18 Jan: Kontinjen Zon Selatan berjaya mempertahankan gelaran kejuaraan dua musim berturut-turut pada Sukan Sarawak (SUKSAR) III Sibu 2023.
Zon Selatan yang terdiri daripada Serian, Samarahan dan Kuching berjaya membutirkan 63 pingat emas, 43 perak dan 37 gangsa menjadikan jumlah keseluruhan 143 pingat.
Zon Tengah (Sibu, Mukah, Kapit) pula dinobat naib johan SUKSAR III dengan 50 pungutan emas, 47 perak dan 54 gangsa dengan jumlah keseluruhan membutirkan 151 pingat.
Sementara itu Zon Utara (Limbang, Miri, Bintulu) pula berjaya memungut 49 pingat emas, 56 perak dan 59 gangsa, sekali gus melayakkan mereka mendudukin tempat ketiga.
Zon Barat (Sarikei, Betong, Sri Aman) sekadar berpuas hati dengan lapan pungutan pingat emas, 20 perak dan 44 pingat gangsa dengan jumlah keseluruhan 72 pingat.
Kali terakhir Zon Selatan menjuarai SUKSAR pada edisi kedua ketika penganjuran di Miri pada 2019. – TVS