Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, hari ini digemparkan dengan ancaman bungkusan menyerupai bom yang diletakkan di hadapan pagar kompleks berkenaan. Foto, Bernama.

Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu terima ancaman bom

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 18 Jan: Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu hari ini digemparkan dengan ancaman bungkusan menyerupai bom yang diletakkan di hadapan pagar kompleks berkenaan.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata pihaknya menerima laporan daripada petugas keselamatan di kompleks itu pada 7.30 pagi dengan memaklumkan menemukan bungkusan itu pada 6.45 pagi.

“Hasil laporan, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan di lokasi menemukan sebuah bungkusan bewarna putih dibalut menggunakan kertas A4 dengan di dalamnya berisi bateri. Kita percaya ada cebisan lampu suluh dalam bungkusan itu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihaknya telah mengambil tindakan memusnahkan bahan berkenaan yang dipercayai diletakkan di lokasi itu pada malam tadi dan didapati tidak mempunyai sebarang unsur letupan.

Mazli berkata barang kes dihantar ke Unit Forensik IPK Terengganu untuk penilaian lanjut dan pihaknya telah membuat pemeriksaan menyeluruh di kawasan kompleks berkenaan.

“Didapati tiada sebarang unsur yang boleh mengancam keselamatan di lokasi, namun kita akan membuat rondaan dan pemantauan di sana sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Beliau berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan