Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto TVS

Langkah operasi BNM dorong kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada Khamis, didorong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM24.07 bilion dalam sistem konvensional dan RM28.27 bilion dalam dana Islam.

Pada hari ini, bank pusat itu akan menjalankan masing-masing satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta selama lapan hari serta tender Qard bernilai RM500 juta, juga bagi tempoh lapan hari.

BNM akan turut menawarkan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion masing-masing selama 32 hari dan 91 hari.

Pada masa sama, bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar selama sebulan dan tiga bulan.

Seterusnya pada 4 petang, BNM akan melaksanakan satu tender semalaman konvensional sehingga RM25.6 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai sehingga RM27.8 bilion. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan