Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SPRM sahkan akan ambil keterangan daripada seorang anak bekas Perdana Menteri hari ini dipercayai berhubung perniagaannya pada akhir tahun 1990-an.

SPRM ambil keterangan anak bekas Perdana Menteri hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya mengambil keterangan daripada seorang anak bekas Perdana Menteri hari ini dipercayai berhubung perniagaannya pada akhir tahun 1990-an.

Sumber SPRM ketika dihubungi memaklumkan individu terbabit dipanggil memberi keterangan termasuk bagi mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara.

Siasatan itu difahamkan terhadap syarikat kepunyaan individu berkenaan yang didakwa membeli sebuah subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Siasatan kali ini memerlukan dia mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara secara bertulis,” kata sumber itu.

Disember tahun lepas, media melaporkan SPRM telah memanggil individu terbabit untuk diambil keterangan berhubung dakwaan salah laku rasuah serta penyelewengan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan