Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Menandatangani Kontrak Peruntukan Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) bagi Kerja-Kerja Pembinaan Struktur Tetap Luar Pesisir untuk Projek Pemampatan F6 VLAP milik Sarawak Shell Berhad antara Sarawak Shell Berhad dan Brooke Holding Sdn Bhd di sini, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS).

Sarawak perkukuh kerjasama antarabangsa, mahu jadi pemain penting industri minyak, gas – Abang Johari

ByConnie Grace

KUCHING,17 Jan: Sarawak berhasrat menjadi pemain utama bagi industri minyak dan gas dengan mengambil kira perkembangan terkini global yang beralih kepada bahan bakar mesra alam.

Bagi menjayakan hasrat berkenaan, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak telah dan akan terus meluaskan jaringan kerjasama dengan pemain industri antarabangsa.

Premier mahu Sarawak menjadi pemain penting industri minyak dan gas | TVS

Premier Sarawak itu berkata, langkah berkenaan telah bermula apabila Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) memeterai kerjasama dengan Mubadala yang merupakan sebuah syarikat minyak dan gas milik kerajaan Abu Dhabi.

“Sarawak Energy Berhad (SEB) pula bakal menjalinkan kerjasama dengan MASDAR iaitu peneraju teknologi hijau yang juga milik kerajaan Abu Dhabi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Kontrak Peruntukan Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) bagi Kerja-Kerja Pembinaan Struktur Tetap Luar Pesisir untuk Projek Pemampatan F6 VLAP milik Sarawak Shell Berhad antara Sarawak Shell Berhad dan Brooke Holding Sdn Bhd di sini, hari ini.

Sarawak Shell Berhad diwakili oleh Naib Presiden Kanan Upstream Malaysia & Country Chair Shell Malaysia Siti Hurrairah manakala Brooke Holding Sdn Bhd diwakili Pengarahnya Dato Sri Wan Lizozman Wan Omar.

Sementara itu Abang Johari turut berkongsi penyertaan beliau pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun lepas berjaya mewujudkan kerjasama baharu kepada Sarawak dalam sektor tenaga hijau.

“Sarawak mahu menjadi penting ketika dunia beralih daripada bahan api fosil kepada sumber boleh diperbaharui serta kurang karbon,” tambah beliau.

Berkenaan kerjasama Brooke Holding Sdn Bhd dengan Sararawak Shell Berhad, Abang Johari yakin langkah ini akan menyokong pembangunan tenaga mampan.

“Apa cabaran perubahan iklim yang dihadapi, Sarawak akan mengambil bahagian untuk menyumbang untuk mengurangkan pelepasan karbon,” katanya.

Pada masa sama Abang Johari berharap kontrak yang dimeterai pada hari ini membabitkan kedua – dua entiti akan memperkukuhkan lagi teknologi serta cara projek dilaksanakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan