Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wakil dari Sarawak Breast Cancer Support Group (SBCSG) menerima cek bernilai RM5,000 dari Dato Sri Fatimah Abdullah di sini hari ini. Foto, TVS.

Sembilan NGO, persatuan di Sarawak terima bantuan kewangan jalankan aktiviti sosial

KUCHING, 17 Jan: Sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan di Sarawak menerima dana keseluruhan berjumlah RM46,000 untuk menjalankan aktiviti mereka tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

“Lapan wakil masing-masing menerima cek bernilai RM5,000 iaitu Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA), Persatuan India Wanita Sarawak (SIWA), Persatuan Cina Muslim Sarawak (MACMA), Sarawak Breast Cancer Support Group (SBCSG), Pertubuhan Gerontologi dan Geriatrics Sarawak (SGGS), Society for Cancer Advocacy and Awareness (SCAN), The Committee of Management SJK Chung Hua No,1, dan Persatuan Autistic Kuching (KAA),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir Mesyuarat Lembaga Penasihat Community Social Support Centre (CSSC) di Jalan Abel, di sini hari ini.

Fatimah turut memaklumkan sebanyak RM6,000 diberikan kepada Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Bakat Insan Istimewa Kuching (KATSN) untuk menjalankan aktiviti mereka.

Turut hadir menyaksikan upacara penyerahan cek tersebut ialah Ahli Lembaga Penasihat CSSC Kuching Dr. Zufar Yadi Brendan Abdullah dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak,  Noriah Ahmad.

Sementara itu, Fatimah berkata, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang disasarkan oleh CSSC telah melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 500 kes di bawah kendalian pusat tersebut sejak mula beroperasi.

“Pusat tersebut telah berjaya mengendalikan sebanyak 542 kes melibatkan pelbagai isu, antaranya kemiskinan, keganasan rumah tangga dan penyalahgunaan dadah dan substan,” katanya.

Tambahnya dalam pengendalian setiap kes tersebut, tiada kes berulang selain berjaya menarik 16,336 pengunjung yang terdiri daripada NGO dan sukarelawan ke pusat berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan