Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sheryl Balisia Cabrera mendakwa anaknya, Dewi Farisha berusia 25 tahun dan cucunya terkandas di Manila, Filipina sejak 2019. Foto Muqri Aziz (TVS).

Serah kepada Wisma Putra bantu selesaikan isu warga Sarawak terkandas di Filipina sejak 2019

ByMuqri Aziz

KUCHING, 17 Jan: Kerajaan Sarawak akan menyerahkan kepada Wisma Putra untuk berurusan dengan Kerajaan Filipina berhubung dakwaan seorang wanita dari Matang, Sarawak yang anak perempuan dan cucunya terkandas di negara itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, beliau yakin Wisma Putra mampu menyelesaikan isu berkenaan.

“Oleh kerana masalah ini melibatkan isu tinggal lebih masa, biasanya akan dikendalikan oleh Wisma Putra.

“Kita perlu tahu juga perkembangan terkini dan maklumat itu akan disalurkan oleh Wisma Putra kerana mereka akan berhubung dengan Kerajaan Filipina,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Semalam, Sheryl Balisia Cabrera mendakwa anaknya, Dewi Farisha yang berusia 25 tahun dan cucunya terkandas di Manila, Filipina sejak 2019.

Apa yang merisaukan Sheryl Balisia, pasport anaknya juga akan tamat tempoh pada bulan depan selain terpaksa mengirim wang setiap dua hari untuk menanggung kos hidup anak dan cucunya yang kini tinggal di kawasan setinggan di negara itu.

Sementara itu, Fatimah berkata, beliau belum menerima maklumat terperinci mengenai kes ini termasuk dakwaan denda yang perlu dibayar oleh Dewi Farisha kepada Imigresen Filipina kerana tinggal lebih masa di sana.

“(Selain itu kita perlu tahu mengenai) kos membawa balik ke Malaysia serta apakah implikasinya undang-undang,” katanya.

Tambah Fatimah, isu berkenaan juga telah dibawa kepada pengetahuan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebuah pasukan telah dikerahkan bagi menjalankan siasatan berhubung isu terbabit.

Malah kata Nancy beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusuf.

“Beliau telah mengarahkan pasukannya untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan